Halaman

Sabtu, 19 Disember 2009

Bagaimana ingin menjadi bijak dan berjaya dalam Matematik?

1. Pertama, kalau hendak pandai matematik, kita kena suka kepada matapelajaran tu. Bagaimana kalau kita memang tak suka? Caranya, mula-mula buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita seperti berlakon yang kita sukakan subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tidak perlu terus mula dengan menjawab 100 soalan. Bukannya apa, dikhuatiri berlaku kejutan pada diri dan selepas tu terus jadi benci dan akhirnya berhenti.

2. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, dan bukan sekadar membaca. Ada di kalangan pelajar yang belajar matematik dengan hanya membaca sahaja. Kaedah sebegitu adalah satu kaedah pembelajaran yang salah. Saya sendiri berjaya menguasai matematik kerana banyak membuat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya menjadi semakin cekap.

3. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin dalam menjawab soalan. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu iaitu cuba latih diri anda menjawab dengan secepat mungkin.

4. Anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

5. Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda ambil kisah tidak kisah sahaja, sukar untuk anda kuasai subjek ini.


Semoga berjaya. Insya’ALLAH.

3 ulasan:

  1. tapi kawan2 saya xdek pon wat latihan matematik selalu,de sorg kawan tu dia leh terbitkan formula dia sendiri lagi

    BalasPadam
  2. Terima kasih Fillah atas ulasan. Dalam kes kawan fillah tu, beliau mungkin termasuk dalam kategori pintar Matematik. Post di atas adalah lebih untuk membantu para pelajar yang lemah dan sederhana untuk lebih berjaya di dalam pembelajaran mereka. Harap dapat menerima sebagai suatu kaedah yang positif. Terima kasih sekali lagi atas pandangan anda

    BalasPadam
  3. saya selalu cuba pakse diri saya buat latihan lebih kerap , tapi lepas beberapa minit saya buat terus rase malas sebab bila saya buad soalan yang saya tak tahu terus saya give up , ape sebenarnye punca saya jdy mcm nie ?

    BalasPadam