Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;
• Mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
• Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
• Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu secara bersendirian sebelum kelas matematik bermula.
• Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berada bersama guru.
• Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang anda tidak tahu. Cara sebegini akan lebih mendekatkan anda dengan guru. Ini akan lebih memotivasikan anda untuk berjaya dalam mata pelajaran matematik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan