Saya percaya ramai di kalangan pelajar yang berazam untuk mendapat gred A bagi subjek matematik PMR. Namun begitu perlu diingat bahawa setiap azam yang dibuat mestilah dengan bersungguh-sungguh dan perlu kepada pemantauan kendiri yang rapi. Bagi membantu para pelajar untuk merealisasikan azam tersebut, di sini saya sertakan helaian yang perlu diisi dan didokumentasikan oleh para pelajar secara kendiri sepanjang tahun 2010 yang bakal tiba sedikit masa saja lagi. Semoga anda mendapat manfaat daripada setiap pengemaskinian catatan yang bakal dilakukan di dalam dokumen ini. Selamat mencuba!
Azam Matematik PMR
Sabtu, 19 Disember 2009
Kaedah Perlaksanaan Latih Tubi Yang Betul
Pertama
lebihkan membuat latihan daripada membaca.
Kedua
dapatkan soalan-soalan lepas. Soalan-soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu kita tahu dalam setiap subjek.
Ketiga
buat latih tubi ini secara berterusan. Semakin banyak latihan yang kita lakukan, kita akan nampak soalan bagaimana yang bakal keluar nanti.

Berapa lamakah masa yang perlu diperuntukkan untuk belajar matematik?
Tempoh masa yang diambil untuk belajar matematik adalah bergantung kepada tahap kemampuan anda tetapi adalah disarankan bahawa ianya dapat dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam sehari dan perlu dilakukan setiap hari. Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar. Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik.
Bagaimana ingin menjadi bijak dan berjaya dalam Matematik?
1. Pertama, kalau hendak pandai matematik, kita kena suka kepada matapelajaran tu. Bagaimana kalau kita memang tak suka? Caranya, mula-mula buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita seperti berlakon yang kita sukakan subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tidak perlu terus mula dengan menjawab 100 soalan. Bukannya apa, dikhuatiri berlaku kejutan pada diri dan selepas tu terus jadi benci dan akhirnya berhenti.
2. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, dan bukan sekadar membaca. Ada di kalangan pelajar yang belajar matematik dengan hanya membaca sahaja. Kaedah sebegitu adalah satu kaedah pembelajaran yang salah. Saya sendiri berjaya menguasai matematik kerana banyak membuat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya menjadi semakin cekap.
3. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin dalam menjawab soalan. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu iaitu cuba latih diri anda menjawab dengan secepat mungkin.
4. Anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5. Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda ambil kisah tidak kisah sahaja, sukar untuk anda kuasai subjek ini.
Semoga berjaya. Insya’ALLAH.

Teknik Belajar Matematik Adalah Berbeza Dengan Mata Pelajaran Lain
Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik dapat membantu anda untuk:
1. lebih memahami topik-topik dalam matematik
2. lebih mengingati fomula matematik.
3. Meningkatkan tahap teknik menjawab anda.
Tips: Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik.

Teknik Belajar Matematik - Pembelajaran Aktif Vs Pembelajaran Pasif
Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;
• Mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
• Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
• Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu secara bersendirian sebelum kelas matematik bermula.
• Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berada bersama guru.
• Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang anda tidak tahu. Cara sebegini akan lebih mendekatkan anda dengan guru. Ini akan lebih memotivasikan anda untuk berjaya dalam mata pelajaran matematik.

Langgan:
Catatan (Atom)